Sabtu, 21 Februari 2009

Mari komen....

BOLASEPAK MALAYSIA DAN PIALA DUNIA 2018

Assalamualaikum WBT…

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua penyokong dan peminat bolasepak tanah air yang tidak putus-putus memberi sokongan padu kepada pasukan kegemaran mereka di dalam pertandingan TM Liga Super dan TM Liga Premier. Sangat membanggakan saya apabila melihat 40,000 penonton hadir ke Stadium Shah Alam menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan Selangor dan Negeri Sembilan. Ini membuktikan masih ada lagi peminat bolasepak negara yang cintakan sukan nombor satu ini dan ingin melihat pasukan Malaysia berada di kelompok terbaik dunia.

Mungkin segelintir peminat bolasepak negara mempersendakan pernyataan ini, namun kita perlu berfikiran positif untuk mencapai cita-cita yang paling tinggi bagi sesebuah pasukan bolasepak di seluruh dunia. Adakah terlalu mustahil untuk kita layak ke Piala Dunia satu hari nanti, atau kita sanggup menjadi penonton setia kepada pasukan negara luar di samping kita mengenepikan pasukan negara kita sendiri. Kita perlu berfikiran lebih terbuka di dalam soal ini di dalam memastikan impian kita melihat pasukan negara kita bertanding di Piala Dunia 2018 atau tahun 2022. Untuk perhatian, kita pernah layak ke Sukan Olimpik sebanyak dua kali dan pernah memenangi pingat di dalam Sukan Asia.

Ini membuktikan kita boleh layak ke Piala Dunia jika semua pihak bekerjasama dan menjadikan sukan ini sebagai impian negara. Apa yang perlu dihairankan jika negara kita layak ke Piala Dunia atau pun Sukan Olimpik, sedangkan negara-negara kecil seperti Ivory Coast dan Togo, mampu layak ke kejohanan tersebut. Suatu ketika dahulu kita pernah menjadi kuasa besar bolasepak Asia, negara seperti Jepun dan Korea bukanlah saingan sebenar kita. Namun pada hari, keadaan menjadi sebaliknya. Kita tidak boleh menoleh ke belakang lagi, namun usaha-usaha pemain veteran negara perlu disematkan di dalam hati semua pemain bolasepak negara sebagai pemangkin kepada kebangkitan. Harapan saya dan peminat bolasepak negara khususnya ingin melihat kemunculan pasukan negara yang baru, dengan semangat yang berkobar-kobar demi mempertahankan sukan nombor satu ini. Memang diakui, impian ini bukan mudah dicapai tanpa usaha semua pihak khususnya pemain negara sendiri. Perancangan yang rapi, pengurusan yang lebih professional, sistem latihan yang lebih berkesan, penggunaan teknologi sukan berkonsepkan R&D perlu diperluaskan. Perancangan yang dimaksudkan ialah pembangunan daripada akar umbi, peringkat sekolah dan sebagainya perlu diberi penekanan. Di negara-negara kuasa bolasepak seperti Germany, terdapat banyak pertandingan peringkat umur seperti contoh Kejohanan Bolasepak Bawah 10 tahun yang melibatkan tiga divisyen untuk kategori A,B,C. Perancangan ini berlarutan sehingga ke peringkat bawah umur 12 tahun dan ke atas. Pengurusan yang lebih professional juga mampu meningkatkan martabat sukan bolasepak ini. Pada hari ini, kita mempunyai para graduan sukan yang mampu menggalas tanggungjawab ini seperti contoh kerajaan mewujudkan Fakulti Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di setiap universiti bagi memastikan mereka mampu membawa Malaysia ke peringkat antarabangsa. Berdasarkan pemerhatian dan tinjauan saya, pengurusan bolasepak negara kita perlu diberi perhatian serius. Kita di dalam era-professional namun masih terdapat lagi masalah gaji yang tertunggak bukan sahaja kepada pemain, malahan melibatkan jurulatih dan pengurusan pasukan. Hampir setiap tahun kita dibelenggu masalah yang hampir sama skripnya, dan di manakah kesudahanya. Perancangan yang sangat bagus dilakukan, namun perlaksanaanya sangat mengecewakan. Pengurusan yang lebih professional, bertanggungjawab dan mempunyai misi membawa Malaysia ke Piala Dunia perlu diberi perhatian. Saya sangat setuju jika kita menghantar pasukan pelapis sahaja ke Sukan Sea di Laos ini, dan memastikan skuad utama negara bersiap sedia menghadapi kejohanan lebih besar seperti Kelayakan Olimpik dan Pra-Piala Dunia, dan dalam masa yang sama mendedahkan mereka dengan perlawanan persahabatan antarabangsa. Bekas pemain import negeri Perlis, Stephen Keshi yang pernah beraksi di Piala Dunia satu ketika dulu pernah menyatakan bahawa pasukan Malaysia boleh layak ke Piala Dunia sekiranya pemain-pemain bolasepak di negara ini mengubah corak pengambilan makanan. Antara cadangan beliau ialah, pemain-pemain perlu mengelakkan daripada mengambil “roti canai” dan “nasi lemak” yang sangat popular di kalangan masyarakat kita. Perkara ini perlu diberi perhatian khusus untuk memastikan impian menjejak kaki ke pentas Piala Dunia menjadi impian. Dengan pelbagai cadangan dan penambahbaikan, diharapkan bolasepak terus berjaya di peringkat antarabangsa khusunya Piala Dunia. Oleh itu, ayuh semua berganding bahu bekerjasama di dalam memastikan pasukan negara beraksi di pentas tertinggi dunia. Tidak mustahil warna jersi kebanggaan kita iaitu ‘hitam-kuning’ berada di tengah-tengah kuasa besar bolasepak dunia pada tahun 2018 atau pun pada tahun 2022. Insyaallah, dengan kekuatan dan semangat yang membara, kita mampu melaksanakannya.

Majulah Sukan Bolasepak Demi Negara!!!!



2 ulasan:

  1. salam sejahtera, saudara Mohd Noorazam, saya sangat bersetuju dengan pandangan serta telahan saudara. namun begitu, saya ingin mengajak seluruh pembaca untuk berfikir sementara beberapa persoalan untuk kita iaitu
    1. Berapa tahun lagi dari tahun 2009 untuk ke 2018?
    2. Berapakah jumlah tahun diantara 1998 dan 2008?
    3. Apakah bedanya permainan bolasepak peringkat nasional berbanding tahun 1998 dan 2008?
    4. Dengan perbezaan yang sama diantara tahun 1998-2008 dan 2008-2018, mampukah pasukan negara melangkah ke peringkat akhir Piala Dunia? mampukah kita.....

    http://galaksisukan.blogspot.com

    BalasPadam
  2. sy pon rase bersetuju...
    tp care pengurusan perlu diubah...
    dr gaye ahli politik kepada bekas pemain bola sepak...
    lagi 1...
    sifat kroni yg mmg dh menjadi satu kelaziman kepada kencah bola sepak negara ini...
    kerana terbabitnya ahli politik i2 tadi...
    mungkin ade baiknya...
    mungkin juga tidak...
    kalo pasukan harimau muda terus diberikan pendedahan yg secukupnya tidak mustahil angka 2018 itu boleh menjadi satu kenyataan...

    visit gemesutfutsal.blogspot.com

    BalasPadam